1. LATAR BELAKANG RH RUNGGAI NANGA RUYAK
1.1 Sejarah Kampung
Rumah Runggai Nanga Ruyak terletak di bawah pentadbiran Daerah Julau, Bahagian Sarikei. Pada asalnya, kampung ini merupakan sebuah penempatan kaum kerabat keluarga terdekat yang dihuni oleh kaum keluarga yang rapat. Penempatan asalnya, pada tahun selepas pendudukan Jepun, 1946 telah didirikan di Nanga Ruyak. Pada waktu itu, TR Beriak Anak Anjan telah membawa anak buahnya membuka penempatan di Nanga Ruyak bersama-sama 6 buah keluarga. Rumah tersebut didirikan menggunakan tebelian, sejenis kayu keras yang boleh tahan sehingga beratus– ratus tahun.
Pada tahun kemerdekaan Malaysia 1957, Rh Panjang Nanga Ruyak yang diketuai oleh TR Beriak Ak Anjan mempunyai 10 buah keluarga. Sebanyak 10 buah keluarga yang hidup aman damai telah bertambah kepada 11 buah keluarga pada tahun 1965 yang diketuai oleh TR Ngumbang Ak Briak yang menggantikan bapa beliau, mendiang TR Beriak Ak Anjan. Pada tahun 1982, TR Upat Ak Neh telah mentadbir 16 buah keluarga di Nanga Ruyak sehingga tahun 1991.
Pada tahun 1992, TR Runggai Ak B’gari, menantu kepada TR Ngumbang Ak Briak, telah mengetuai penduduk di Nanga Ruyak. Melihat kepada arus perubahan dan pemodenan gaya hidup, TR Runggai bersama penduduk telah sepakat mendirikan dan membangunkan penempatan baru di tempat yang sama( Nanga Ruyak) untuk membina rumah panjang yang baru. Atas kesepakatan semua, pada 26/11/1996 sebanyak 30 buah keluarga telah bernaung dibawah TR Runggai Nanga Ruyak.
Pada akhir tahun 2004, keluarga di rumah Runggai, bertambah menjadi 34 buah pintu keluarga. Walaupun zaman kemelesetan ekonomi ditambah pula banyak halangan dan rintangan membina rumah yang baru, tetapi atas kerjasama dan tolong - menolong serta gotong - royong , semua penghuni rumah panjang telah menduduki rumah yang baru pada 02 Jun 1998 sehingga sekarang.
Banyak rancangan pembangunan yang telah dibawa oleh agensi kerajaan dan swasta sehingga pembentukan Gerakan Desa @ Daya Wawasan pada tahun 2000, telah merancakkan proses pembangunan rumah panjang Nanga Ruyak. Kepercayaan kepada dasar - dasar kerajaan dan semangat ingin memajukan kampung menjadi asas pembangunan di Nanga Ruyak, Julau, sehingga sekarang dengan mengamalkan motto :
‘ BERSERAKUP SEPENEMU NUJU PEMANSANG ‘
( PENDAPAT SEPAKAT KE ARAH KEMAJUAN)